Pengenalan
Institut Teknologi Maha (M.I.T) merupakan institut pengajian tinggi swasta yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Matlamat kami adalah untuk membantu anda meningkatkan potensi akademik, penyelidikan dan menghadapi arus baru dunia pekerjaan.
Pengasas dan pentadbir di M.I.T merupakan ahli akademik yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pendidikan tinggi dan menengah. Latar belakang mereka termasuklah pengajaran, penyelidikan dan latihan profesional. Fokus MIT juga ialah pembelajaran berpusat dan terus kepada pelajar.
Falsafah kami ialah setiap orang mempunyai hak untuk belajar, untuk memperoleh hidup yang lebih baik, mempertingkatkan diri dalam kerjaya sehingga ke tahap yang mereka inginkan. Dengan itu, kami percaya bahawa pendidikan adalah peluang sepanjang hidup untuk maju dan berjaya dalam semua aspek.
Pendidikan dan program-program yang kami tawarkan juga menyerlahkan objektif kami. Program yang kami tawarkan adalah amat praktikal dan boleh terus diaplikasikan oleh pelajar setelah menceburi dunia kerjaya. Kami juga menawarkan kredit bagi pengalaman pembelajaran mereka yang boleh memberi peluang bagi mereka meneruskan pencapaian mereka dalam bidang tersebut. fdg